'Apa? Kahwin? Mak, nek saya baru lima belas tahun!' kata Syamim yang baru sedar dari pengsan akibat terlalu keletihan. ' Memang kamu baru lima belas tahun nak, tapi kamu juga seorang yang mempunyai 3 kerja sekaligus, dan kamu terlalu kuat bekerja sehingga terlantar di katil hospital sekarang.' balas ibunya. ' betul tu Syamim, sekarang nenek beri kamu dua pilihan ; kamu nak cari calon sendiri atau calon yang mak kamu akan carikan,' sambung neneknya.
Keesokan harinya, Syamim bersekolah seperti biasa tetapi hanya jasadnya sahaja di situ, pemikirannya rancak memikirkan desakan ibunya menyuruhnya berkahwin. Dia teringat lagi ibunya hanya memberi tempoh sepurnama untuk mencari calon isteri atau dia sendiri akan memilih calon yang dirasakan sesuai. Syamim tahu mesti ramai yang mahu berkahwin dengannya kerana harta yang dimilikinya, tetapi Syamim mahu isteri yang mahu berkahwin dengan SYAMIM bukan dengan harta dan pangkatnya.
Akhirnya masa yang ditetapkan sudah tamat dan Syamim harus akur dengan pilihan ibunya. ' mak rasa kamu mesti suka akan pilihan mak, orangnya cantik, alim, sopan santun lagi.
Siapakah gerangannya pilihan maknya buat Syamim? Adakah Syamim dapat menerimanya? Nantikan dalam babak yang akan datang.....
No comments:
Post a Comment