BABAK 1
'Sudahlah tu Syamim. Kamu kerja tak berhenti. Mak risau kamu jatuh sakit nanti', pujuk Qahira kepada anaknya Syamim. 'Betul tu Syamim, nenek pun naik risau dah. Pagi ke sekolah, petang ke PTSS, malam rehatlah, ini tidak sambung pergi ke kilang buat apa? Pak Teh kamu pun boleh uruskan!' sambung neneknya, Milah. 'Tak apa lah mak,nek saya masih muda. Tulang 4 kerat ni kenalah guna masa muda ni, kalau dah tua kan susah,' balas Syamim. 'Tu betul Syamim tapi kalau kamu sakit ke apa ke macam mana?'kata Qahira. 'Tahulah saya nak jaga diri saya mak,nek. Tak apalah saya dah nak pergi dah ni Assalamualaikum'.
Keesokan harinya Syamim meneruskan rutin hariannya seperti biasa. Setelah selesai sesi persekolahan Syamim bertolak ke pejabatnya dengan kereta kesayangannya, Toyota Vios. Dia telah diberikan lesen sejurus selepas dilantik menjadi Menteri Pelajaran Malaysia. Sedang dia memandu dia terasa pening yang amat di kepalanya. Dia terus pulang ke rumah banglonya yang direnovate daripada rumah lama milik keluarganya. Sesampainya dia di muka pintu dia terus rebah. Nabeel, ayahnya yang menyaksikan Syamim rebah terur meluru ke arah anaknya.
Qahira yang baru pulang dari kerja terus bergegas ke hospital di mana Syamim dirawat. Qahira pergi ke hospital bersama Nek Milah sejurus mengetahui Syamim pengsan. Menurut doktor Jamaluddin,doktor yang bertanggungjawab ke atas Syamim, Syamim hanyalah kepenatan. Qahira menghela nafas lega. Nek Milah terus menarik Qahira ke satu penjuru dan seperti berbincang sesuatu bersama.
Dua hari kemudian, Syamim mula sedar. Nabeel yang setia menjaga anaknya terus menghubungi Qahira. Selang setengah jam Qahira sampai bersama Nek Milah. Apabila mereka sampai Syamim sedang mengqada' solat2nya yang tergendala semasa dia pengsan. Kesedarannya dikejutkan dengan keputusan ibu dan neneknya dalam perbincangan mereka tempoh hari.
Apakah keputusan yang memeranjatkan Syamim itu? Nantikan dalam babak yang seterusnya.....
No comments:
Post a Comment