'Mak, Ezzah budak perempuan dari sekolah saya,' ujar Syamim. 'Ya, mak tahu. Lagilah senang macam tu, kebetulan emak Ezzah kawan sekampung mak dahulu,' balas Qahira. 'Betul tu cu, kita selalu ke rumah mereka di Jitra semasa Hari Raya. Rumah Tok Ngah Mail, Ezzah ni cucu dia lah.' sambung Nek Milah. ' Tak pernah nampak pun kelibat Ezzah,' balas Syamim. ' Anak dara memang la kena duduk di belakang rumah tolong basuh pinggan.' beritahu ibunya.
'Tengok tu mak, tengok muka saya pun tak mahu tak kan lah dia nak kahwin dengan saya,' ucap Syamim. ' Macam tu lah betul anak dara, malu nak bertentang mata.' bertahu Nek Milah.
'Besar panjang dah anak dara kau kan, nabila' kata Qahira. ' Ha'ah dah nak kahwin dah pun, ' kemudian mereka bergelak berrama-sama. ' tengok tu Ezzah, Menteri pelajaran datang nak meminang kamu ni, kamu mesti bangga. Mak pun senang nanti tak adalah kau terjebak dengan gejala gejala pelik, ada juga ruami nak jagakan kau,' kata emaknya Ezzah. Ezzah hanya tertunduk diam seribu bahasa.
Akhirnya mereka selamat diijabkabulkan, maka sahlah Ezzah sebagai isteri Syamim. Majlis mereka tidaklah besar besaran hanya dihadiri jipan tetangga dan sahabat andai. Mereka semua datang dengan anggapan yang sama, mudanya pengantin. Malam pertama mereka sebagai suami isteri dihabiskan di rumah Nabila, ibu mertua Syamim. Walaupun sudah berkahwin mereka masih malu malu kucing. Hubungan mereka masih tidak mesra......
Adakah hubungan mereka akan terus dingin?
No comments:
Post a Comment